
Ayat-Ayat Cinta : Mutiara Kata Cinta : Madah Cinta
Cinta itu misteri. Tidak berbentuk tapi di cari, tidak bernyawa tapi
hidup, tidak tajam tapi mampu melukai, tidak mekar tapi mewangi.
Cinta bukan seperti sekuntum bunga, mekarnya tak lama, layunya tiada
makna. Cinta sejati mekar selamanya.
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar
bersama ke arah yang sama.
Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang
kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika
Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik
untuk diberikan.
Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai
olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan
sesuatu perasaan apapun darinya
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti,
mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa
menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana
itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya.
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
dengan setia.
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa
tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin
benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita
rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna
dan erti seseorang bagi kita.
Cinta,jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang
lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki
tidak banyak bererti.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan,
perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi
keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
http://www.1kataku.net/2012/02/ayat-ayat-cinta-mutiara-kata-cinta.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar